PELANCARAN KRT TAMAN MERAK
31 Ogos 2013(Sabtu)- Majlis Pelancaran KRT Taman Merak telah berlangsung di Padang Awam Taman Merak, Taman Merak anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Merak, Kulim. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Hashim bin Hj. Yob, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Daerah Kulim Bandar Baharu. Dalam majlis ini, DSP Chin Su Song selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim dijemput khas untuk memberikan penerangan peranan kerjasama di antara ahli masyarakat KRT dan Polis dalam membantu mencegah jenayah.